AiMaN

Sabtu, 15 Januari 2011

O.o°<*)>>>= KHURAFAT =<<<(*>°o.O

Assalamualaikum...


hei..berjumpe lagi kite kat blog aku nih.....erm kali nih aku nak kongsi story ngan korang tentang filem terbaru arahan pengarah mude yang serba berbakat....malah anak kepada pengarah yang terhebat...TERBAEK..!! pengarah yang aku maksudkan tu ialah SYAMSUL YUSOF....aku salute tol ngan die nih..serbe boleh la....pakej lengkap beb..!!

Well...berbalik kepada tajuk blog nih KHURAFAT...aku lom tengok lagi criter nih..almaklum bizi jew....tp dr komen2 teman-teman se internet.....dorang kate cerite nih besh wok.....emang len dr cerite hantu yang len....walaupon aku nih bukan lah peminat cerite hantu tp komen2 tu mcm mengajak aku jew...hahahahaha........

Jom kite layan sinopsis KHURAFAT nih....




Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?

so pe tunggu lagi.....p le cinema2 yang berdekatan....owwyehhhhhhh..!!

1 ulasan: